Assalamualaikum / hello :)
Selagi lagi saje nak update pengalaman hidup aku ^^ Kali ni pasal interview UMS plak. Agak terkejut jugak bila dipanggil untuk interview UMS ni. Mane xnye.. Sains Sukan... Terus terang aku taip, aku memang tak aktif sgt dalam sukan ni. adalah sikit2 tapi tak setanding orang lain yang datang interview sama dgn aku. he3.
Alkisah~ time duk check UPU, tuuupppp... nama muncul kat UMS punya web. "anda dipanggil untuk temuduga di tarikh sekian2, masa sekian2, kos sekian2 dan lokasi sekian2." Macam tu la lebih kurang ayatnya. Actually, xthu macam mana nama boleh naik. tu bkn pilihan top 3 la.
Note : kat kertas yang kita print tu memang letak time 8am - 5pm. Yang tu bukan untuk pilihan masa kedatangan anda k. Anda wajib datang sampai kat tempat interview sebelum pukul 8am dan pukul berapa anda balik, itu bergantung kepada kepantasan anda settlekan semua ujian. hehehe
ok2, straight to the point. Temuduga ni memang best.. kalau korunk dipanggil temuduga, pegi jela.. ambil pengalaman macam aku ni ^^. Aku dapat kat sungai petani, Kedah coz aku tinggal di area utara. So p yang paling dekat la ye. Sampai sana, tu dia... terkejut den.. semua muka2 atlet. rasanya aku je kot muka skemas. hehehe
Selalunya, UMS ni dia buat ujian fizikal dulu. Lepas tu baru interview face to face. So, anda digalakkan pakai terus baju sukan dari rumah. tak payah sampai sana baru nak tukar :).
Ada 3 Ujian fizikal yang UMS buat. Seyes, aku dah lupa nama ujian2 tuh. aku cuba ingat k. tapi ikut bahasa kasarnya,
Pertama, ujian lonjakkan (kena lompat berapa meter boleh sampai). Kalau boleh, lompat sejauh2nya. kalau yang betul2 atlet tu, mau 3 meter pun boleh lepas. aku xyah tanya la.. 2 meter pn xlepas. kui3. ^^
Kedua ujian ketangkasan kot (kena main bola keranjang ikut zig zag melalui cone ikut kelajuan anda masing2. kurang dari 20sec, kira memang laju.). ke nama dia koordinasi ek.. ntah la.. mcm tu la lebih kurang.
Dan yang ketiga ujian koordinaasi (beep test). tapi mesti ramai yang tahukan yg kena lari ikut level dan mesti sampai ke garisan sebelum bunyi beep. Kalau perempuan mesti sampai level 4 dan lelaki mesti sampai level 8. yang ni.. Orang tu duk kata "senang je" .. huh.. senang dalam mimpi... sampai kejang kaki aku dibuatnya. Dari situ kita akan tengok siapa atlet sebenar coz siapa yang capai level 8, fuuhhhh.. memang terer (untuk lelaki la).
fuuhhh... ujian fizikal yang memenatkan. dah la tengah penat pastu kena standby plak interview face to face. Siapa nak balik awal, g la ready beratur siap2. kalau macam aku, time nak tinggal 20orang baru beratur. memang nak dekat pukul 5pm jugak settle semua.
Yang interview face to face ni pihak UMS akan ambil markah untuk 3 point. tapi macam biasa, aku lupa. ingat 2 je : dia nak tau pengetahuan am, cara komunikasi dan... erm.. lupa laaaaa... nanti tengok sendiri la macam mana k. sorry memang lupa..
soalan apa yang depa tanya ? JENG... JENG.. JENG... ^^
P/S ada yang dapat soalan senang dan ada yang dapat soalan susah. ikut nasib lor... so kena lah standby macam mana pun k. Nak tau x, aku dapat soalan senang. jgn jeles u.. hehehe.. soalan orang bertuah dapat : "ceritakan tentang diri anda". amacam ? senang x? senang kan.. jgn ingat, kalau interview lambat, dapat soalan senang k. ada jugak yang dapat soalan susah. macam budak sebelah aku time beratur. Cian dia.. ada yang interview awal, dapat soalan senang. jadi, nampak tak keLUCKYan nya disitu :)
Jangan risau, kalau dah rezeki korunk masuk UMS, dapat soalan susah or senang, tak jadi masalah. so, buatlah sedikit sebanyak research dan ulang kaji la k.
contoh soalan yang orang lain dapat :
- ASEAN, SEA, SUKMA, OLIMPIK (yang ni sangat famous)
- permainan sukan yang anda ceburi (kan dapat sijil dari apa2 sukan kan ? nanti orang tu suruh explain
macam mana sukan tu. kena tau la jugak sukan tu macam mana. xkan tau main je ^^ yang ni confirm kena
tanya sebab anda sendiri yang list dalam borang)
- tarian sumazau dari negeri mana (pengetahuan am ni tau)
- berita sukan pun kena update. Contoh macam time aku pasal piala sudirman tu
- Menteri dan timbalan menteri sukan sekarang
- Senarai menteri dan timbalan menteri yang baru
- Negeri yang hanya ada menteri besar (tak da sultan/raja)
- Peranan menteri besar
senang citer, ikut perkembangan time korunk kena panggil nanti. contoh macam tahun 2013 bulan mei, kan banyak pasal politik daripada pasal sukan. So dari situ la pengetahuan am yang kena ada. so tahun depan xtau la apa yang famous. ^^
papepn, GUDLUCK k.. dont worry, tak susah pun .. just sebelum kena g interview, rajin2 pegi jogging, bersukan supaya tak cramp and baca2 surat khabar dan tengok berita untuk perkembangan semasa. hehehe
SEKIAN~
Nak tanya iv tuh ckap bahasa melayu ke speaking
ReplyDeletekena full english
Deleteterjumpa blog ni lps terima tawaran sains sukan ums. tapi utk tahun 2020 ni interview secara online sbb covid-19. saya takpasti cara mereka menilai mcm mana, kemungkinan hanya dari segi pengetahuan am sahaja tanpa ujian kecergasan. sesiapa yang terbaca komen ni, doakkanlah kmi yang bakal interview ni dipermudahkan urusan iv untuk masuk u. thank you so much.
ReplyDeleteSaya pun dapat temuduga sport science online. Semoga kita sama sama berjaya ya
DeleteMacamana nak tau dapat temuduga sport sciencce atau tidak..ada semakan atau u bagitau
DeleteMacamana nak tahu dapat temuduga atau tidak sport science..ada semakan atau ums bagitau
ReplyDeleteMacamana nak tau dapat atau tidak temuduga sport science tu..ada semakan atau uni bgtau
ReplyDeleteSy nk tanya, if kita x print surat tawaran tu still blh ambil ke ujian psikometrik yg uni bg tu???
ReplyDeleteMcm mna nk apply
ReplyDeleteawak dapat ke masuk ums ni lepas iv?
ReplyDelete