Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu terjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga golongan (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu golongan kanan ; alangkah mulianya golongan kanan itu,
[9]
Dan golongan kiri kiri; - alangkah seksanya keadaan golongan kiri itu,
[10]
Dan (golongan yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Surah Al-Waqi'ah (surah ke-56) ayat 1-10
***free to share, copy and paste
No comments:
Post a Comment