Uncle Translator ^_^

Friday, 18 January 2013

Pengalaman Temuduga Kerani Syarikat IT

Assalamualaikum / hello ~

Hari ni aku nk cerita sikit sebanyak pengalaman temuduga sebagai kerani di syarikat IT.

yang ni kira pengalaman 1st time temuduga kt tempat yang aku tak pernah amik tahu. aku memang tak tahu langsung macam mana & apa benda yang akan ditanya. memang buntu giler~

tapi kali ni ialah pengalaman temuduga yang paling best sekali buat aku. kalau korang kt tempat aku, confirm setuju.

jom la baca mcm mana.. (sorry kalau susah nak paham. kalau citer by mulut lagi gempak.he3)

mula-mula skali, ditawarkan temuduga melalui email. aku tak baca lagi email time tu coz bz ckit. then dapat panggilan dijemput temuduga & disuruh tengok email.

ok fine, aku pun tengok la email. di bagi tempat bla..bla.. tarikh bla..bla.. then kat ayat last tuh, di suruh bawak pen hitam dan kertas a4 2 keping. sape tak terkejut or pelik. kena bawak benda2 yang macam tuh.. memang tak dapat fikir langsung apa yang nak kena buat nanti. tapi dalam email tu jugak disuruh bersiap sedia.. mcm tu la.. lupa da apa lg. he3..

lupe mention, aku dpt email tu sehari sebelum temuduga. memang agak kelang kabut la coz tak tahu tempat, then di suruh plak buat ini, buat itu. sape la yang tak nervous kan.

then, keesokkan harinya (jeng..jeng .. jeng) sampai kat tempat tu, memang agak terkejut coz ramai sgt2 orang yang menunggu.. mmg tak aspek seramai tuh. tak pe la.. mmg da lama dah bertawakal. kalau tak dapat pun xpe. just nak try. nak tahu apa yang nak di buat dengan kertas a4 2 helai & pen hitam ^_^

ok, memang agak pelik coz kte orang disuruh berkenalan dengan semua yang datang interview tuh. kena taw nama & tempat tinggal. lebih kurang mcm tu la. ape lagi, mmg kena buat muka tak malu la tanya nama & tempat tinggal. yang lawaknya, memang semua pakat duk salin nama dalam kertas. mana tak nya, takut lupa. tapi aku sempoi jep. tanya nama & tak buat pape pn. pastu kalau lupa, tanya balik. hehehe~

admit~ mmg tak dapat nak ingat semua punya nama. tapi boleh la, aku ingat xlebih dari 15 orang. jumlah semua dalam 30 orang. and then bila da kenal2, masuk dlm bilik mesyuarat, buat orientation pulak. time tu la baru tau ape nak buat dengan kertas dan pen tuh. tapi, sebelum tu, kami menyebut nama orang yang kenal2 tadi. actually. sape yang nak je buat.aku xbuat pun coz masuk lam bilik tu, terus lupa semua..ha3~

then, da selesai, kami ada orientation. boleh cerita apa shj kat depan. adoiyai...dah la kita xkenal sangat dengan orang sekeliling, kena plak bercakap kat depan. tapi mmg bagus pn cara tu coz buat kita lebih kurang malu & berkeyakinan :) aku pn dgn muka tak malu, present la jgk. citer pasal pengalaman je. he3. & then... cakap lama2, perut pn lapar. alahai~ tau tak, bos a.k.a yang menemuduga kami tu, belanja makan domino pizza. mmg cute betol... kira macam, tak dapat kerja pun jadi la, janji dapat makan pizza. mmg untung la rse hr tuh. he3~

now, main point baru nak sampai~ bercerita ntah pape td, skrg baru nak citer pasal apa yang ditemuduga :) yang pasal kertas tu, kami diberi tugasan utk menjawab 2 soalan. mesti dijawab dalam masa 1 jam. soalan dia lbh kurang mcm ni la.. da lupa lg. hu3~

soalan 1 : senaraikan kelemahan di negeri ini dan apakah langkah utk memajukannya.

soalan 2 : jika anda mempunyai rm1000, bagaimana anda meningkatkan jumlah wang itu kepada rm10 000 dlm masa 2 bulan

kira mcm tu la soalan yang di tanya. aku apa lg. jawab la jugak. di utamakan dalam bi tp aku buat rojak. di suruh buat artikel tp akums choppy buat point. he3~ then, bila da siap, kami akan di interview sorang2.

memang kena buat preparation tau sape2 yang nak accept kerja dengan syarikat it ni. mmg fikiran kena kreatif. byk jugak soalan yang dituju kat aku.

cth : bagaimana nak meningkatkan sesuatu sistem
         nanti boleh tak anda menjual / memperkenalkan sesuatu sistem baru kpd client
        cnth kalau mcm aku ni tahu pasal sistem bahagian medical, apa yang perlu di\
         tingkatkan lagi utk lebih sistematik..

adoi.. mcm2 la.. smpai tak terjwb aku pn.. kerani ni, bkn mcm buat hal pejabat shj ttpi menjadi penyokong dan pemberi idea kt bos. aku rasa, tempat lain pun mesti mcm tu coz perkara yang berkaitan dengan it, mmg memerlukan idea2 bernas.

so kalau lepas ni korang dapat interview dengan syarikat it, buat la research apa yang patut. pasal syarikat, mmg wajib la. & then mesti berkeyakinan kalau menjawab soalan even korang tak brapa nak tahu. jangan buat2 pandai pulak ye. sopan la ckit mcm "maaf encik/puan, saya memang tak tahu tentang bla..bla.. bla.. tetapi, jika saya diberi peluang, saya akan sudi belajar."

gudluck kepada sesiapa yang akan di interview dengan syarikat yg sama waktu dengannya. terima kasih jugak kerana sudi baca artikel panjang.  akuy mmg tak suka artikel so mmg xkan baca balik apa yang di taip. maaf jika ada tersalah taip. & kisah ni tak lengkap 100%. kalau nak tahu, boleh komen2 / tanya aku, InsyaAllah, aku balas. sekian~

No comments:

Post a Comment